Jualan Peralatan Pertanian & Akuakultur

AROWANA FOR SALE at our mudah.my store

Please Click On The LOGO/Picture Below For The List of Offer

Friday, December 16, 2011

PENGGREDAN AROWANA MALAYSIA GOLD - AAA, AA DAN A

Assalamu'alaikum wm wbkh...
Kami ingin menarik perhatian para pelanggan kami bahawa berkuatkuasa mulai pertengahan bulan November 2011 lalu, kami tidak lagi menggredkan anak-anak arowana Malaysia Gold kami berdasarkan kualiti atau gred induknya iaitu samaada AAA, atau AA atau A. Sebelum ini kami cuba menggredkan anak-anak arowana MG kami berdasarkan gred induknya sebagai 'justification' bagi perbezaan harga antara beberapa kumpulan anak MG di dalam stok jualan kami. Penggredan induk arowana MG ini adalah dibuat berdasarkan kualiti 'chu', keamatan warna sisiknya (colour intensity) dan juga samaada ia 'cross' pada baris ke-6.

Langkah ini diambil untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin akan timbul memandangkan terdapat kemungkinan sesetengah 'batch' anak-anak arowana Malaysia Gold yang kami jual akan mengalami perkembangan yang perlahan (slow development) dan hanya mencapai tahap kualiti terbaik pada usia yang lebih lewat. Manakala sesetengah batch pula berkembang dengan sangat cepat, iaitu warna keemasan dan chu keluar di awal usia. Untuk perhatian, arowana Malaysia Gold yang mempunyai tahap ketulenan genetik yang tinggi, kebiasaannya adalah 'slow developer' dan hanya menyerlahkan kualiti terbaik setelah mencapai usia matang. Sebagai contoh, MG baka liar dari sungai menyerlahkan tahap kualiti terbaik pada usia antara 3 ke 4 tahun.

Selain dari itu, terdapat juga kemungkinan akan berlaku kes di mana sebahagian kecil anak-anak MG dari setiap 'batch' itu tidak akan mencapai kualiti yang baik sebagaimana induknya. Walau bagaimanapun, kesemua anak MG yang dijual dan telah dipasang mikrocip adalah dijamin benar-benar dari baka MG dan memenuhi ciri-ciri seseekor MG. Sebarang keraguan dan aduan ketidakpuashatian dari pelanggan akan kami raikan dengan berhemah.

Berkaitan dengan struktur harga pula, harga anak-anak MG kami adalah ditetapkan berdasarkan kualiti semasa anak-anak tersebut, iaitu perkembangan warna emas (gold development) dan chu. Struktur harganya bukan ditetapkan berdasarkan potensi pekembangannya. Untuk makluman juga, anak-anak MG yang dihasilkan oleh induk berkualiti dan berpotensi membesar menjadi arowana berkualiti tinggi hanya akan dijual selepas mencapai tahap perkembangan yang sewajarnya.

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini yang telah menghantar komen-komen berkenaan hal ini melalui email dan 'shoutbox' (maaf, komen di shoutbox telah saya padamkan). Komen-komen anda telah dapat membantu saya meningkatkan dan memantapkan lagi mutu perkhidmatan dan produk jualan kami. Jazakumullahu khairan kathira... (semoga Allah membalas jasa tuan2 dengan kebaikan yang banyak).

Walau bagaimana pun, sukacita dimaklumkan bahawa setakat ini belum ada sebarang 'complaint' dari pembeli bahawa anak-anak MG gred AAA yang kami jual, yang kualitinya tidak mencapai gred AAA apabila membesar.

Sekian, harap maklum.


No comments:

Post a Comment